Thursday, June 10, 2010

salam perkenalan

assalamualaikum... laman blog 'urwatul wuthqa' diasaskan atas dasar kerangka pembinaan ruh tauhid sebagai fondasi asas pembinaan khalifah itu sendiri.. urwatul wuthqa melihat pembinaan anak perlu dipandu oleh al-quran dan al-sunnah dalam membentuk insan yang hasanah di dunia dan akhirat.

sebagai langkah awal, blog ini mengalu-alukan penyertaan pembaca dan anak-anak sebagai ahli usrah ini. insyaAllah, dengan langkah yang kecil ini, kita akan berjaya membentuk satu komuniti kanak-kanak yang immune dan kebal dari segala serangan penyakit sosial yang mengancam golongan ini.

insyaallah, beberapa program akan disusun untuk merapatkan ahli usrah sekelian pada masa akan datang. semoga usaha yang kecil ini akan mendapat keredhaan dari Allah taala.


sekian..
ustazshafiee
kuala terengganu
malaysia

1 comment:

  1. Alhamdulillah.

    Salam ta'aruf.Semoga usrah ini akan merapatkan ukhuwwah kita semua selaku ibubapa membimbing mujahid/mujahid amanahNya.

    ReplyDelete