Thursday, June 10, 2010

Kisah Adam dan kita...

Assalamualaikum... sebagai artikel pertama dalam usrah al-urwatul wuthqa ini, saya rasa ingin berkongsi pendapat saya dengan saudara pembaca sekelian. Saya selalu memikirkan kisah Nabi Adam yang diabadikan di dalam al-Quran. Bermula dari ayat ke 30 surah al-Baqarah, Allah mula bercerita tentang kisah perlantikan khalifah di muka bumi ini, walaupun pada masa itu Nabi Adam masih berada di alam luar dari bumi ini. Penurunan Adam ke bumi berlaku setelah Iblis melakukan tipudaya dan menggelincirkan Adam dan Hawa dari syurga (al-Quran tidak meletakkan kesalahan pada Hawa seperti yang dinyatakan dalam perjanjian lama dan baru. Ini adalah metode al-Quran dalam membebaskan Hawa dari tuduhan yang dilemparkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Kalimah yang digunakan al-Quran ialah faazallahuma yang menggunakan huma yang bermaksud keduanya iaitu Adam dan Hawa.. Maha Suci Allah..)

Apabila Adam dan Hawa tiba di dunia, mereka sudah dibekalkan dengan pengajaran yang cukup berguna tentang musuh bani Adam yang abadi iaitu iblis. Dengan Pengajaran dan pendidikan yang diberi oleh Allah, Adam dan Hawa mula mengenali dirinya yang sebenar iaitu manusia yang sekali-kali tidak abadi dan bukannya malaikat (semasa memujuk adam menghampiri pokok larangan, Iblis menggunakan helah dengan bisikan manis tentang kekekalan dan malaikat.. semoga kita dilindungkan Allah dari bisikan durjana iblis ini). Dari peristiwa tersebut, Adam dan Hawa mula mengenal taubat dan seterusnya meneruskan kehidupan di dunia ini sebagai khlifah untuk memakmurkan bumi ini..

Kisah Adam ini penting untuk kita hayati kerana kegagalan memahami kisah Adam ini akan menyebabkan kita akan tertipu dengan pujuk rayu iblis. sebab itulah terdapat firman Allah yang menyuruh kita mengenang kisah bagaimana Iblis mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga.

Kehidupan kita di dunia ini adalah sementara dan mempunyai had umur tertentu sebelum dipanggil kembali untuk mengadap Allah yang Esa. oleh itu, kita sebagai ibu bapa kena faham betul-betul tanggungjawab kita dalam mendidik khalifah-khalifah kecil ini. kita bertanggungjawab memperkenalkan mereka kepada Iblis durjana dan tipudayanya dalam usaha untuk menggelincirkan bani adam dari jalan yang lurus. Itulah tanggungjawab kita dalam membina khalifah yang sujud kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Semoga artikel yang pertama ini, memberi idea kepada kita tentang kepentingan kita berganding tangan dan berpegang kepada tali yang kukuh (al-urwatul wuthqa) agar kita mampu mendidik generasi pewaris supaya tidak tercampak jauh dari tali Allah yang dihulurkan kepada kita..

akhir kata, kita telah diberi amanah, semoga kita semua bertanggungjawab memikulnya.. ke guaner?

salam,
ustazshafiee
kuala terengganu
malaysia

1 comment:

  1. Salam respon.

    Anak-anak adalah amanah Allah bukanlah hak milik kekal.Maka sementelah namanya amanah pastinya ada kita ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan buat mereka.Tentunya ada hak mereka yang wajib kita penuhi.Sebagai ibubapa yang diberi ujian amanah ini,pastinya kita mengharapkan lulus dengan cemerlang.Namun ujian ini sangat besar dan berat sebenarnya.Jika tidak masakan Allah nyatakan beberapa tempat dalam Al-Qur'an tentang anak-anak serta keluarga:
    "...bahawa isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia".

    "Wahai org2 yg beriman peliharalah dirimu serta keluargamu dari api neraka"...(sekadar mengambil beberapa contoh).

    Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan dilimpahi kesabaran dalam memelihara amanah ini.

    Ke guaner?

    ReplyDelete