Showing posts with label taalim. Show all posts
Showing posts with label taalim. Show all posts

Monday, January 30, 2012

melentur buluh...

Assalamualaikum... ayah dan bonda merupakan model yang paling agung bagi seorang anak. sementelah tumbesaran seorang kanak-kanak betul-betul betul-betul menjadikan ayah dan bonda sebagai mesin fotostat utama dalam membentuk peribadinya. teringat kata-kata as-Syahid Sayyid Qutb apabila membahaskan persoalan tempoh tembesaran kanak-kanak yang panjang. Bagi Sayyid Qutb, tempoh tumbesaran kanak-kanak manusia adalah amat berbeza dengan tempoh tumbesaran anak-anak binatang seperti anak lembu, anak kambing dan lain-lain. ini kerana seekor anak kambing tidak perlu dibina personalitinya. Persoalan ini berbeza dengan anak manusia. Anak seorang manusia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dibesarkan dan dibina personalitinya. Oleh sebab itu, tidak menjadi sesuatu yang menghairankan apabila tempoh kanak-kanak berada bersama keluarga agak panjang. jadi, ia bersesuaaian dengan hadis Nabi s.a.w iaitu setiap kanak-kanak dilahirkan atas fitrah yang suci, maka ibu bapalah yang mencorakkannya..

berbalik kepada peranan ayah dan bonda dalam setiap keluarga. bagi anak lelaki, ayahlah idolanya.. manakala bagi anak perempuan, bondalah yang bertahta dihatinya. setiap perwatakan ditiru.. sebab itulah ayah dan bonda kena tunjukkan contoh yang amat baik bagi anak-anaknya..

sebagai satu contoh, seorang kanak-kanak berumur 8 tahun, tidak segan silu untuk azan, iqamat dan seterusnya menjadi imam bagi kanak-kanak sebaya dengannya di sekolah. apabila ditanya, katanya ayahnya selalu berbuat begitu di rumah. ayahnya akan azan, iqamat dan menjadi imam bagi seluruh isi keluarganya. bagi kanak-kanak tersebut, azan, iqamat dan menjadi imam solat adalah sesuatu yang amat biasa bagi persekitarannya. ia berbeza dengan kebanyakkan kanak-kanak yang sebaya yang begitu takut untuk azan, iqamat dan menjadi imam, kerana merka tidak pernah melihat contoh tersebut dari ayah mereka dan perkara tersebut terlalu asing bagi diri mereka..

itu merupakan satu contoh yang mudah.. cuba kembangkan contoh tersebut kepada contoh-contoh yang lain.. dan lihatlah kebenarannya..

pendek ceritanya: seorang ayah dan bonda perlu menunjukkan teladan agama yang begitu baik kepada anaknya, agar personaliti anak-anak soleh dapat diterapkan dalam diri mereka. kepada ayahanda-ayahnda di luar sana, berani-beranikanlah diri untuk menjadi imam solat di rumah, agar suasana keagamaan dan keharmonian dapat direalisasikan..

akhir kata: ayah dan bonda merupakan pemimpin syurga atau neraka bagi anak-anak mereka..


ke guane?


wassalam...


nukilan:
ustazshafiee
kuala terengganu

Tuesday, August 10, 2010

Puasa dan anak-anak kita...

Assalamualaikum... melatih anak-anak puasa adalah amalan terpuji. sementelah, pahala anak-anak yang berpuasa juga diperolehi oleh ibubapa tanpa mengurangkan sedikit pun pahala si anak. baguskan..

sebenarnya, islam amat menitik beratkan latihan. bagi ibu bapa yang sedang melatih anak mereka berpuasa, tahniah diucapkan.. namun, kadang-kadang ibu bapa terlalu bersemangat melatih anak berpuasa tanpa melihat situasi si anak.. bagi mereka biarlah anak-anak mereka perfect!

sebenarnya, seorang jurulatih (ibu bapa lah tu) perlu memahami pelatih (anak-anak). Apa yang penting, kita cuba bayangkan kita duduk di tempat anak-anak tu.. cuba renungkan memori kita mula-mula berpuasa dahulu.. banyakkan peristiwa lucu? bagaimana dengan keletihan kita di waktu kita kecil? di umur berapa baru kita betul-betul bertahan untuk berpuasa? belajarlah memahami dulu...

Penting untuk diletakkan dalam pemahaman jurulatih (ibubapa) dua perkara untuk dipertimbangkan semasa latihan puasa anak-anak tersebut:

1. kemampuan anak-anak bertahan
2. ibadat puasa tidak diwajibkan kepada kanak-kanak

justeru, seorang jurulatih yang bijaksana, akan sentiasa memantau keadaan anak dalam berpuasa.. jika ada keadaan yang memerlukan mereka izinkan anak-anak berbuka, maka berilah keizinan berbuka kepada mereka.. jangan terlampau ketat peraturan sehinggakan memudharatkan anak-anak kita sendiri..

ops.. ada satu lagi.. penting juga untuk jurulatih memerhatikan solat anak-anak yang 5 waktu. jangan asyik mentarbiah anak berpuasa sehingga lupa memantau solat mereka.. ada juga anak-anak yang berpuasa, tapi terabai solat mereka.. ni adalah perlakuan yang salah.

ok.. cukup dulu tips setakat ini.. ada apa-apa kita bincang lagi.. wassalam..

salam,
ustazshafiee
kualaterengganu
malaysia