Tuesday, August 10, 2010

Puasa dan anak-anak kita...

Assalamualaikum... melatih anak-anak puasa adalah amalan terpuji. sementelah, pahala anak-anak yang berpuasa juga diperolehi oleh ibubapa tanpa mengurangkan sedikit pun pahala si anak. baguskan..

sebenarnya, islam amat menitik beratkan latihan. bagi ibu bapa yang sedang melatih anak mereka berpuasa, tahniah diucapkan.. namun, kadang-kadang ibu bapa terlalu bersemangat melatih anak berpuasa tanpa melihat situasi si anak.. bagi mereka biarlah anak-anak mereka perfect!

sebenarnya, seorang jurulatih (ibu bapa lah tu) perlu memahami pelatih (anak-anak). Apa yang penting, kita cuba bayangkan kita duduk di tempat anak-anak tu.. cuba renungkan memori kita mula-mula berpuasa dahulu.. banyakkan peristiwa lucu? bagaimana dengan keletihan kita di waktu kita kecil? di umur berapa baru kita betul-betul bertahan untuk berpuasa? belajarlah memahami dulu...

Penting untuk diletakkan dalam pemahaman jurulatih (ibubapa) dua perkara untuk dipertimbangkan semasa latihan puasa anak-anak tersebut:

1. kemampuan anak-anak bertahan
2. ibadat puasa tidak diwajibkan kepada kanak-kanak

justeru, seorang jurulatih yang bijaksana, akan sentiasa memantau keadaan anak dalam berpuasa.. jika ada keadaan yang memerlukan mereka izinkan anak-anak berbuka, maka berilah keizinan berbuka kepada mereka.. jangan terlampau ketat peraturan sehinggakan memudharatkan anak-anak kita sendiri..

ops.. ada satu lagi.. penting juga untuk jurulatih memerhatikan solat anak-anak yang 5 waktu. jangan asyik mentarbiah anak berpuasa sehingga lupa memantau solat mereka.. ada juga anak-anak yang berpuasa, tapi terabai solat mereka.. ni adalah perlakuan yang salah.

ok.. cukup dulu tips setakat ini.. ada apa-apa kita bincang lagi.. wassalam..

salam,
ustazshafiee
kualaterengganu
malaysia