Sunday, June 27, 2010

biarlah kalimah Allah meniti di bibir mereka...

Asssalamualaikum... kepersisian rakan-rakan seperjuangan sekelian. membina anak dengan berteraskan agama amatlah sukar. kekadang perkara ini berlaku kerana sikap kita sendiri. kita pun begitu cintakan dunia. kita gila terhadap kemewahan. kita gila berkereta besar. kita gila berumah besar. kita gila mengejar dunia yang sementara ini.

lantas, apakah dengan sikap kegilaan yang wujud pada kita tadi, kita ingin mendidik anak agar menjadi insan soleh?

maaf sahabat... pada pendapat saya, ini adalah kaedah yang salah. Masakan tangan yang kotor dapat menghasilkan makanan yang bersih? begitu juga anak kita.. jika kita sendiri yang penuh keduniaan, bagaimana hendak melahirkan anak yang penuh keakhiratan?

kan? cubalah renungkan.. oklah.. kita tinggalkan persoalan itu dahulu.. kita bincangkan sesuatu yang lain pula..

saya ingin menarik perhatian pembaca kepada sesuatu yang amat dasar iaitu apabila anak kita boleh bercakap, perkataan apakah yang mula-mula kita ajarkan kepada anak kita? ramai yang suka bila anak boleh sebut mama, umi, mak.. namun, berapa keratkah yang ajar anaknya menyebut kalimah Allah? ramai yang mengajar anaknya menyebut perkataan bunga.. perkataan bola.. namun, siapakah yang ajar anaknya sebutkan perkataan Allah?

sebagai cadangan, anda boleh bermula dengan begini.. ajar anak-anak tentang sesuatu tanda kebesaran Allah Taala. mungkin bulan, mungkin matahari, mungkin gajah, mungkin juga ikan paus.. yang semestinya ia adalah sesuatu yang menarik minat anak anda..setelah anak mengenali perkataan tersebut (contohnya bulan) kemudian anda berrtanya, "along, siapa yang jadikan bulan? sambil mengajarnya menjawab, anda sebut perkataan Allah.. apabila perkataan ini dah sebati dalam pemikiran anak, anda bertanyalah apa-apapun dan siapakah penciptanya, dan anda akan gembira apabila mendengar anak akan menjawab: Allah..

selamat mencuba sahabat-sahabat semua..

salam..
ustazshafiee
kualaterengganu

Thursday, June 10, 2010

Kisah Adam dan kita...

Assalamualaikum... sebagai artikel pertama dalam usrah al-urwatul wuthqa ini, saya rasa ingin berkongsi pendapat saya dengan saudara pembaca sekelian. Saya selalu memikirkan kisah Nabi Adam yang diabadikan di dalam al-Quran. Bermula dari ayat ke 30 surah al-Baqarah, Allah mula bercerita tentang kisah perlantikan khalifah di muka bumi ini, walaupun pada masa itu Nabi Adam masih berada di alam luar dari bumi ini. Penurunan Adam ke bumi berlaku setelah Iblis melakukan tipudaya dan menggelincirkan Adam dan Hawa dari syurga (al-Quran tidak meletakkan kesalahan pada Hawa seperti yang dinyatakan dalam perjanjian lama dan baru. Ini adalah metode al-Quran dalam membebaskan Hawa dari tuduhan yang dilemparkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Kalimah yang digunakan al-Quran ialah faazallahuma yang menggunakan huma yang bermaksud keduanya iaitu Adam dan Hawa.. Maha Suci Allah..)

Apabila Adam dan Hawa tiba di dunia, mereka sudah dibekalkan dengan pengajaran yang cukup berguna tentang musuh bani Adam yang abadi iaitu iblis. Dengan Pengajaran dan pendidikan yang diberi oleh Allah, Adam dan Hawa mula mengenali dirinya yang sebenar iaitu manusia yang sekali-kali tidak abadi dan bukannya malaikat (semasa memujuk adam menghampiri pokok larangan, Iblis menggunakan helah dengan bisikan manis tentang kekekalan dan malaikat.. semoga kita dilindungkan Allah dari bisikan durjana iblis ini). Dari peristiwa tersebut, Adam dan Hawa mula mengenal taubat dan seterusnya meneruskan kehidupan di dunia ini sebagai khlifah untuk memakmurkan bumi ini..

Kisah Adam ini penting untuk kita hayati kerana kegagalan memahami kisah Adam ini akan menyebabkan kita akan tertipu dengan pujuk rayu iblis. sebab itulah terdapat firman Allah yang menyuruh kita mengenang kisah bagaimana Iblis mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga.

Kehidupan kita di dunia ini adalah sementara dan mempunyai had umur tertentu sebelum dipanggil kembali untuk mengadap Allah yang Esa. oleh itu, kita sebagai ibu bapa kena faham betul-betul tanggungjawab kita dalam mendidik khalifah-khalifah kecil ini. kita bertanggungjawab memperkenalkan mereka kepada Iblis durjana dan tipudayanya dalam usaha untuk menggelincirkan bani adam dari jalan yang lurus. Itulah tanggungjawab kita dalam membina khalifah yang sujud kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Semoga artikel yang pertama ini, memberi idea kepada kita tentang kepentingan kita berganding tangan dan berpegang kepada tali yang kukuh (al-urwatul wuthqa) agar kita mampu mendidik generasi pewaris supaya tidak tercampak jauh dari tali Allah yang dihulurkan kepada kita..

akhir kata, kita telah diberi amanah, semoga kita semua bertanggungjawab memikulnya.. ke guaner?

salam,
ustazshafiee
kuala terengganu
malaysia

salam perkenalan

assalamualaikum... laman blog 'urwatul wuthqa' diasaskan atas dasar kerangka pembinaan ruh tauhid sebagai fondasi asas pembinaan khalifah itu sendiri.. urwatul wuthqa melihat pembinaan anak perlu dipandu oleh al-quran dan al-sunnah dalam membentuk insan yang hasanah di dunia dan akhirat.

sebagai langkah awal, blog ini mengalu-alukan penyertaan pembaca dan anak-anak sebagai ahli usrah ini. insyaAllah, dengan langkah yang kecil ini, kita akan berjaya membentuk satu komuniti kanak-kanak yang immune dan kebal dari segala serangan penyakit sosial yang mengancam golongan ini.

insyaallah, beberapa program akan disusun untuk merapatkan ahli usrah sekelian pada masa akan datang. semoga usaha yang kecil ini akan mendapat keredhaan dari Allah taala.


sekian..
ustazshafiee
kuala terengganu
malaysia